Tuesday 7 March 2017

Tips Diet

Assalammualaikum alhamdulillah.. syukur masih bernafas dibumi Allah dan masih on track untuk diet walaupun last week tergelincir sikit..cepat2 masuk track balik hihi.

12 tips untuk turunkan berat badan yang saya amalkan:

1) Wajib ambil sarapan pagi yang mengandungi protien, carbo dan garam mineral.
2) Makan kerap sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
3) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
4) Aktifkan diri. Jangan mandom hihi
5) Banyakkan minum air putih
6) Makan makanan yang mengandungi tinggi fiber
7) Baca label makanan sebelum makan iaitu kenalpasti kandungan kalori dan gula
8) Guna pinggan yang kecil untuk makan
9) Jangan 'ban' makanan.
10) Jangan simpan stok Junk Food
11) Rancang makanan harian anda

Ok. Selamat berdiet. Kira kalori tau

Thursday 2 March 2017

Minggu ke 8

Alhamdulillah bertemu lagi di Jumaaat yang barokah.

Syukur masih bernafas dan dapat meneruskan diet yang sihat kerana Allah.

berat minggu ini : 64.4 kg

Moga istiqamah dan beroleh redha Allah dalam beribadah kepada Allah dan misi kurus ini.

Subahanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

Wednesday 22 February 2017

Minggu ke 7

Alhamdulillah perjalanan dietku sudah capai minggu ke 7, syukur sangat ya Allah..moga Allah tambah ilmu kesihatan dan kekalkan istiqamah untuk kurus sihat kerana Allah , amin.

Minggu ke 7

berat : 65.8 kg

Moga istiqamah...amin.

Oh ya update sikit breakfast hari ini

Wraps : 133
telur :80
sayur : 30
kopi : 40
 total ; 283

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Wednesday 15 February 2017

Sejenis sarapan pagi di hari minggu

Throwback Breakfas weekend
Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah. Sarapan pagi lengkap dengan karbohidrat, fiber dan protien. Alhamdulillah. Cuba istiqamah sedaya mungkin, insyaAllah. Moga Allah bantu kita untuk sihat dan cergas kerana Allah. Amin.

Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan. 

Bersederhanalah dalam segala hal termasuklah dalam hal-hal makanan kita, sebagaimana doa munajat baginda,
“Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku kesederhanaan hidup di waktu miskin ataupun kaya”. 
Begitu juga, Aisyah r.a  isteri baginda pernah berkata,
“Tidaklah seorang hamba yang meminum air sejuk, lalu masuk ke dalam perut dengan lancar tanpa ada gangguan dan keluarnya juga dengan lancar, kecuali wajib baginya bersyukur.
Begitulah kata-katanya yang dalam maksudnya untuk peringatan bagi kita dalam hal makan dan minum, supaya kita sentiasa bersyukur dan senantiasa memuji-Nya atas nikmat tersebut.
AstaghfirAllah, AstaghfirAllah, AstaghfirAllah. Moga Allah S.W.T ampunkan dosa-dosa kita.  Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberi. 
SubhanAllah, Maha Suci Allah yang memberi segalanya. Ampunilah dosa kami yang sering berdosa ini.

Tuesday 14 February 2017

Minggu ke Enam

tarikh : 14.2.2017
hari : selasa

Berat : 66.7 kg

Alhamdulillah syukur atas segala nikmatMu.

Sarapan pagi : 1 keping Roti wholemeal 60 kcal, telur goreng tanpa minyak 73 kcal, tomato +timun 30 kcal + kopi 50.5 kcal

Snack : epal hijau 73 kcal

Lunch : nasi sesenduk 150 kcal, ikan kari tanpa santan 200 kcal, sayur2an 100

Snack petang epal : 73 kcal , telur sebiji 73 kcal , kopi 50.5 kcal

Malam : roti whole meal +  sambal ikan bilis sikit, sayur2an  200 kcal goreng pisang 200 kcal

huhu terlebih makan sudah ni heee..

Total = 1333  kcal.

Alhamdulillah.

Jom kurus dan sihat kerana Allah. Moga Allah redha. Amin.

Tuesday 7 February 2017

Sarapan pagi

8.2.2017

Sarapan hari ini

Tortilla : 133 kcal
Telur : 70 kcal
salad ; 30 kacal
kopi :50.5

total = 283.5

snack : epal hijau 73 kcal

Lunch : nasi 150 kcal
             ikan masak asam pedas rebus : 90 kcal
             salad/tomato ceri/baby carrot:30 kcal
             air kosong
total :  Lebih kurang 300+

Total setakat hari ini: 663kcal

Minggu ke Lima

8.2.2017 - Khamis

Alhamdulillah bersyukurnya kita masih lagi bernafas di bumi Allah.

Minggu ke lima masih bersemangat alhamdulillah diet diteruskan lagi dengan izin Allah jua,

Ukuran berat minggu ke lima

Berat : 67.4 kg

Syukur..makin sampai apa yang disasarkan.

Sasaran saya bulan Mac nanti berat saya boleh cecah 65kg. Inshaallah. Biar lambat turun, nanti kalau naik pun lambat juga. Tidak elok diamalkan diet yoyo dan 'crash diet'. Macammana tu crash diet? Crash diet tu tahan lapar dan kalori diambil sehari hanya 500kcal sahaja. Ini memang menguruskan badan tapi tidak sihat sebab yang turun berat itu ialah otot bukan lemak. Lemak masih tersimpan ok? Tahan lapar itu menyebabkan tenaga diambil dari otot dan lemak masih disimpan. Ngeri tak? So jangan buat tau. Diet cara sihat. Makan makanan seimbang lima kali sehari.

Friday 3 February 2017

Makan Tengahari

Jumaat : 3.2.2017

Maaf tiada gambar pula hari ini. Tak sempat nak snap.
Hari ini makan ayam bakar, nasi senggenggam dan ulam+sambal belacan sikit.
Yummy.

Kalori lebih kurang 300+

Alhamdulillah di atas nikmat kurniaanMu ini. Syukur ya Allah. Di hari jumaat yang mulia ini ku memohon ampunilah dosa2 ku dan kedua ibubapaku. Rahmati lah kami ya Allah. Pandanglah kami dengan dengan penuh kasih sayangMu ya Allah. Bantu lah kami supaya sentiasa istiqamah dalam beribadah kepadaMu ya Allah . Amin.

Thursday 2 February 2017

Sarapan Pagi

Jumaat

3.2.17

Alhamdulillah jumaat datang lagi. Jumaat yang indah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Allah yang memberi kita nikmat ini. Maka nikmat mana yang hendak kita dustakan? Allahuakbar, Ampunilah dosa-dosa kami,
Ya Allah dan dosa-dosa ibu bapa kami.

Tortilla telur
Alhamdulillah sarapan pagi ini. Tortilla telur.

Tortilla : 133 kcal
Telur : 70 kcal
salad, timun, tomato : 30 kcal.

Alhamdulillah. Moga kita semua sihat kerana Allah.


Snack time dan dinner

Snack time

Biasanya diamalkan snack pagi buah epal dan air kosong pagi dan petang.

Snack Petang biasanya kopi dan buah.

Total kalori snack pagi dan petang ni dalam 200 kcal.

Dinner

Makan nasi senggenggam 150 kcal
ayam dada seketul masak lemak (kuah tidak ambil) 170
ulam raja 30

jumlah kalori snack dan dinner : 850 kcal

babai untuk jadual makan 2 hb feb 2017.

Wednesday 1 February 2017

Makan Tengahari

lunch

Alhamdulillah hari ini sempat bakaq ikan cencaru untuk bawak bekal ke ofis. Ini orang kata eat clean kan. Sedap dan kenyang tau. Ada rasa masin skit kat ikan tu . Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Jumlah kalori lebih kurang 300 kcal.

Yummy!

Sarapan pagi

Roti telur, timun dan tomato

Assalammualaikum dan salam sejahtera uols..
Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk meneruskan coretan perjalanan diet ku untuk minggu ke empat. Alhamdulillah. Syukur ya Allah dengan rezeki dan nikmat Mu ini,

Sarapan pagi ini ini roti wholemeal+telur+tomato+kopi = 210 kcal
snack :epal + air kosong = 73 kcal.

Alhamdulillah.

#sihatkerana Allah

Minggu ke empat

Minggu ke Empat

Kurus Cara Saya

Berat : 68.0 kg
BMR ;1290 kcal
Purata kalori harian :1774 kcal
Kadar aktiviti : bersenam 1-3 hari seminggu.

Jadi untuk turunkan berat badan jumlah Kalori yang diperlukan ialah 1300 kcal.

Good luck!

Thursday 26 January 2017

Minggu ke 3 hari ke5

Alhamdulillah jumaat datang lagi. Jangan lupa baca alkahfi. Kesihatan dilupa jangan. Jaga makan dan buat senaman ok.

Hari ini sarapan pagi

kopi arabica setengah kalori 55.25 kcal
roti wholemeal sekeping 60 kcal
telur rebus sebiji 70 kcal
tomato sepotong 5 kcal

Jumlah kalori 190.25

snack buah epal 73 kcal

Makan tengahari

Sayur broccoli,carrot dan kacang di kukus anggaran kalori 30
nasi senggenggam  150 kcal
ayam dada bakar 53 kcal

Jumlah kalori 233

snack buah epal 73 kcal

workout : jumping jack 50 kali, lari setempat ikut youtubetube ataupon keluar jalan kaki kat taman 10000 langkah

Minum petang
susu segar 50 kcal
roti sekeping 60 kcal
kopi setengah 55.25

Jumlah 165.25

Makan malam

nasi senggenggam 150 kcal
lauk bakar 120 kcal
sayur rebus/ulam 50 kcal


Jumlah 320 kcal

buah epal 70
susu 100

Jumlah keseluruhan kalori : 1054,5, masih tidak cukup kalori untuk hari ini kena tambah lagi makanan huhu. Sebab kalau kalori rendah sangat nanti penurunan berat badan lambat dan metabolisme makin menurun.

dah ditambah kalori jadila 1224.5. kira ok la tapi kalau boleh kena upkan lagi tu.huhu

Tuesday 24 January 2017

Minggu ke 3 hari ke 3

Snack time dengan timun jepun, tomato,epal hijau dan epal merah.

Alhamdulillah syukur masih dapat meneruskan hidup lagi pada hari ini, Ini snack untuk hari ini. Ini yang sempat disediakan untuk hari ini. Ini snack time pagi dan petang semuanya 200+ kalori. Kita adalah apa yang kita makan, Betul? Senyum dan berusaha. InsyaAllah mohon Allah bantu kita dalam perjalanan menguruskan badan kerana Allah. Mudah-mudahan dengan badan yang kurus dan sihat dapat kita kerjakan ibadah dengan lebih kusyuk dan tawaduk. Amin.

Minggu ke tiga

Perjalanan dietku diteruskan lagi hingga minggu ke 3. Alhamdulillah.

Berat : 69 kg
BMR 1300 kcal
Purata kalori sehari 1788 kcal
Kalori yang diambil  : 1400-1500 kcal.

Isnin : 23.1.2017

Puasa

Buka puasa : kurma, nasi sengenggam, ikan masak asam pedas tanpa miyak dan bendi, timun, buah epal, kopi separuh

Selasa : 24.1.2017

Sarapan pagi : Tortilla 133 kcal, telur, timun dan tomato
snack: buah epal hijau

Tengahari: roti wholemeal,timun,tomato, telur hancur tanpa minyak
snack : sayur brokkoli dan carrot

Malam : nasi senggenggam, ikan kari tanpa santan, sayur brokkoli dan karot, timun dan tomato.
Supper : susu

anggaran kalori : 1450 kcal

tada....moga istiqamah...

Minggu ke dua

Alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah atas nikmat Mu yang tidak terhingga...

Berat 70 kg

Basal Metabolic Rate' anda ialah 1310 kcal.

Purata kalori yang diperlukan dalam sehari ialah 1802 kcal

Kalori yang diambil : 1500kcal.



Minggu pertama

Minggu pertama : 9.1.2017-15.1.17

Berat : 72 kg
Umur : 40 tahun
Aktiviti : 1-3 hari seminggu

'Basal Metabolic Rate' anda ialah 1330 kcal.

Purata kalori yang diperlukan dalam sehari ialah 1829 kcal

Jumlah kalori yang diambil : 1500 kcal.

Isnin, rabu dan khamis puasa.
Aktiviti hari selasa, jumaat dan ahad.

Selasa : 10.1.2017

Sarapan pagi : Kopi Arabica 110.5,roti wholemeal,telur, timun dan epal.

Snack : epal hijau

Tengahari : Bihun sup

Petang : sekeping biskut dan kopi

Malam : kuewteow sikit, biskut,air susu, buah,

Rabu : 11.1.2017

Sahur 3 biji kurma dan air masak



Monday 23 January 2017

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang berlebih-lebihan.”(Al A’raf: 31)


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Berkesempatan hendak tulis blog. Baru create blog baru ni.

Mula - mula sekali nak bagitau tujuan blog ini ditubuhkan. Ia adalah untuk catatan perjalanan kurus ku dengan cara mengira kalori (walaupun bukan pandai sangat huhu).

Jumpa next entry ya.

Wassalam.