Wednesday 15 February 2017

Sejenis sarapan pagi di hari minggu

Throwback Breakfas weekend
Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah. Sarapan pagi lengkap dengan karbohidrat, fiber dan protien. Alhamdulillah. Cuba istiqamah sedaya mungkin, insyaAllah. Moga Allah bantu kita untuk sihat dan cergas kerana Allah. Amin.

Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan. 

Bersederhanalah dalam segala hal termasuklah dalam hal-hal makanan kita, sebagaimana doa munajat baginda,
“Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku kesederhanaan hidup di waktu miskin ataupun kaya”. 
Begitu juga, Aisyah r.a  isteri baginda pernah berkata,
“Tidaklah seorang hamba yang meminum air sejuk, lalu masuk ke dalam perut dengan lancar tanpa ada gangguan dan keluarnya juga dengan lancar, kecuali wajib baginya bersyukur.
Begitulah kata-katanya yang dalam maksudnya untuk peringatan bagi kita dalam hal makan dan minum, supaya kita sentiasa bersyukur dan senantiasa memuji-Nya atas nikmat tersebut.
AstaghfirAllah, AstaghfirAllah, AstaghfirAllah. Moga Allah S.W.T ampunkan dosa-dosa kita.  Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberi. 
SubhanAllah, Maha Suci Allah yang memberi segalanya. Ampunilah dosa kami yang sering berdosa ini.

No comments:

Post a Comment