Tuesday 7 February 2017

Minggu ke Lima

8.2.2017 - Khamis

Alhamdulillah bersyukurnya kita masih lagi bernafas di bumi Allah.

Minggu ke lima masih bersemangat alhamdulillah diet diteruskan lagi dengan izin Allah jua,

Ukuran berat minggu ke lima

Berat : 67.4 kg

Syukur..makin sampai apa yang disasarkan.

Sasaran saya bulan Mac nanti berat saya boleh cecah 65kg. Inshaallah. Biar lambat turun, nanti kalau naik pun lambat juga. Tidak elok diamalkan diet yoyo dan 'crash diet'. Macammana tu crash diet? Crash diet tu tahan lapar dan kalori diambil sehari hanya 500kcal sahaja. Ini memang menguruskan badan tapi tidak sihat sebab yang turun berat itu ialah otot bukan lemak. Lemak masih tersimpan ok? Tahan lapar itu menyebabkan tenaga diambil dari otot dan lemak masih disimpan. Ngeri tak? So jangan buat tau. Diet cara sihat. Makan makanan seimbang lima kali sehari.

No comments:

Post a Comment