Tuesday 7 March 2017

Tips Diet

Assalammualaikum alhamdulillah.. syukur masih bernafas dibumi Allah dan masih on track untuk diet walaupun last week tergelincir sikit..cepat2 masuk track balik hihi.

12 tips untuk turunkan berat badan yang saya amalkan:

1) Wajib ambil sarapan pagi yang mengandungi protien, carbo dan garam mineral.
2) Makan kerap sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
3) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
4) Aktifkan diri. Jangan mandom hihi
5) Banyakkan minum air putih
6) Makan makanan yang mengandungi tinggi fiber
7) Baca label makanan sebelum makan iaitu kenalpasti kandungan kalori dan gula
8) Guna pinggan yang kecil untuk makan
9) Jangan 'ban' makanan.
10) Jangan simpan stok Junk Food
11) Rancang makanan harian anda

Ok. Selamat berdiet. Kira kalori tau

Thursday 2 March 2017

Minggu ke 8

Alhamdulillah bertemu lagi di Jumaaat yang barokah.

Syukur masih bernafas dan dapat meneruskan diet yang sihat kerana Allah.

berat minggu ini : 64.4 kg

Moga istiqamah dan beroleh redha Allah dalam beribadah kepada Allah dan misi kurus ini.

Subahanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

Wednesday 22 February 2017

Minggu ke 7

Alhamdulillah perjalanan dietku sudah capai minggu ke 7, syukur sangat ya Allah..moga Allah tambah ilmu kesihatan dan kekalkan istiqamah untuk kurus sihat kerana Allah , amin.

Minggu ke 7

berat : 65.8 kg

Moga istiqamah...amin.

Oh ya update sikit breakfast hari ini

Wraps : 133
telur :80
sayur : 30
kopi : 40
 total ; 283

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Wednesday 15 February 2017

Sejenis sarapan pagi di hari minggu

Throwback Breakfas weekend
Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah. Sarapan pagi lengkap dengan karbohidrat, fiber dan protien. Alhamdulillah. Cuba istiqamah sedaya mungkin, insyaAllah. Moga Allah bantu kita untuk sihat dan cergas kerana Allah. Amin.

Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan. 

Bersederhanalah dalam segala hal termasuklah dalam hal-hal makanan kita, sebagaimana doa munajat baginda,
“Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku kesederhanaan hidup di waktu miskin ataupun kaya”. 
Begitu juga, Aisyah r.a  isteri baginda pernah berkata,
“Tidaklah seorang hamba yang meminum air sejuk, lalu masuk ke dalam perut dengan lancar tanpa ada gangguan dan keluarnya juga dengan lancar, kecuali wajib baginya bersyukur.
Begitulah kata-katanya yang dalam maksudnya untuk peringatan bagi kita dalam hal makan dan minum, supaya kita sentiasa bersyukur dan senantiasa memuji-Nya atas nikmat tersebut.
AstaghfirAllah, AstaghfirAllah, AstaghfirAllah. Moga Allah S.W.T ampunkan dosa-dosa kita.  Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberi. 
SubhanAllah, Maha Suci Allah yang memberi segalanya. Ampunilah dosa kami yang sering berdosa ini.

Tuesday 14 February 2017

Minggu ke Enam

tarikh : 14.2.2017
hari : selasa

Berat : 66.7 kg

Alhamdulillah syukur atas segala nikmatMu.

Sarapan pagi : 1 keping Roti wholemeal 60 kcal, telur goreng tanpa minyak 73 kcal, tomato +timun 30 kcal + kopi 50.5 kcal

Snack : epal hijau 73 kcal

Lunch : nasi sesenduk 150 kcal, ikan kari tanpa santan 200 kcal, sayur2an 100

Snack petang epal : 73 kcal , telur sebiji 73 kcal , kopi 50.5 kcal

Malam : roti whole meal +  sambal ikan bilis sikit, sayur2an  200 kcal goreng pisang 200 kcal

huhu terlebih makan sudah ni heee..

Total = 1333  kcal.

Alhamdulillah.

Jom kurus dan sihat kerana Allah. Moga Allah redha. Amin.

Tuesday 7 February 2017

Sarapan pagi

8.2.2017

Sarapan hari ini

Tortilla : 133 kcal
Telur : 70 kcal
salad ; 30 kacal
kopi :50.5

total = 283.5

snack : epal hijau 73 kcal

Lunch : nasi 150 kcal
             ikan masak asam pedas rebus : 90 kcal
             salad/tomato ceri/baby carrot:30 kcal
             air kosong
total :  Lebih kurang 300+

Total setakat hari ini: 663kcal

Minggu ke Lima

8.2.2017 - Khamis

Alhamdulillah bersyukurnya kita masih lagi bernafas di bumi Allah.

Minggu ke lima masih bersemangat alhamdulillah diet diteruskan lagi dengan izin Allah jua,

Ukuran berat minggu ke lima

Berat : 67.4 kg

Syukur..makin sampai apa yang disasarkan.

Sasaran saya bulan Mac nanti berat saya boleh cecah 65kg. Inshaallah. Biar lambat turun, nanti kalau naik pun lambat juga. Tidak elok diamalkan diet yoyo dan 'crash diet'. Macammana tu crash diet? Crash diet tu tahan lapar dan kalori diambil sehari hanya 500kcal sahaja. Ini memang menguruskan badan tapi tidak sihat sebab yang turun berat itu ialah otot bukan lemak. Lemak masih tersimpan ok? Tahan lapar itu menyebabkan tenaga diambil dari otot dan lemak masih disimpan. Ngeri tak? So jangan buat tau. Diet cara sihat. Makan makanan seimbang lima kali sehari.